Sinopsis Tiga Janda Melawan Dunia

Midah, Rohayu dan Ani adalah tiga janda yang tinggal di sebuah kampung dan merupakan peminat tegar penyanyi Aiman Zalini. Apabila beliau mengumumkan persaraannya dan bakal mengadakan konsert terakhir untuk peminatnya, ketiga-tiga janda berusaha untuk mengumpul duit untuk membeli tiket konsert. Pelbagai usaha mereka lakukan namun masih belum berjaya.

Setelah mendapat inspirasi daripada seorang peniaga di kampung, akhirnya mereka menghasilkan perisa vape dengan bantuan seorang pembantu makmal. Perisa yang mereka hasilkan mendapat sambutan hangat namun malangnya perisa Vape mereka ini mendapat perhatian pengedar dadah. Ini kerana perisa vape mereka boleh menghentikan ketagihan dadah. Di dalam kegirangan mereka untuk ke konsert tanpa mereka sedari kini mereka diburu!